nescafe o ais

Nescafe o ais ni boleh nak kata, aku punya favourite drink jugak la. Tapi aku jarang order. Aku pun taktau kenapa.


Al-kisah nya, dulu-dulu zaman belum kerja coffee bean, zaman jakun minum kopi, aku tgh lepak-lepak dengan dia ni, aku ckp rasa nak minum kopi sejuk la, ingat nak order kopi ais, sekali dia suruh order nescafe o ais, aku order la. Sekali syok la layan nescafe o ais.

Dulu dia duk JB, selalu la aku lepak dgn dia, petang2 naik motor pergi Restoren Mummy R ke apa ntah kat tepi Giant Taman Kurnia tu. Asal lepak ngan dia makan roti canai, mesti order nescafe o ais. Tapi kalau tak lepak ngan dia, tak reti plak nak order nescafe o ais. Awat pun tak tau.

Aselik, cepat2 datang jumpa kita, mengimbau kenangan. ok.

takdir.

Mak kata, dalam dunia ni tiada siapa pun yang sempurna. Dan kita sesama manusia, bukan tugas kita nak mencaci nak mencela orang yg kurang dari kita. Atau pinggirkan orang yang tak serupa dengan kita. Apatah lagi membenci orang yang nampak buruknya dimata kita. Sebab jika kita nampak semua itu di mata kita, fikirlah apa pula kita di mata orang?


Tapi terkadang aku keliru, bila masuk bab memilih teman hidup, semua orang nasihati aku agar cari yang terbaik. yang begini yang begitu. Habis, katanya tiada manusia yang sempurna di dunia ini, kalau begini begitu salah, bila nak ketemu orang pilihan itu?

Selama aku hidup, aku belajar menerima orang sekeliling, jarang aku merungut, jarang aku membenci sesorang tanpa sebab. Mulut memang suka mengomel, tapi hati aku pergi tak jauh, 5 minit lepas mengomel pasti aku lupakan. Buat apa pun fikir pasal orang lama lama. Apalah yang aku dapat, cuma dosa.

Marah-marah aku, begini begitu kata mulutku, bila aku rapat dan dekat dengan seseorang, aku jadi lembut hati dengan si polan. Kalau aku marah pun bila dia berbuat salah pada aku, esok lusa bila dia memerlukan aku, aku tak kan pernah menolak untuk membantu. Entahlah, luaran aku kasar, tapi hati aku lembik. Bukan lembut, aku tak lembut langsung, tapi lembik.

Tadi aku berjalan di kota penuh kenangan. Entah kenapa hati aku sayu. Aku tak pernah membenci, tapi aku fikir ini semua takdir Illahi. Dan aku yang hina ini terima seadanya. Biarlah aku jauh darinya, sekurangnya aku jauh dari dosa. Yang lepas itu takkan dapat diputar kembali, takkan boleh aku padamkan dari kotak minda aku. Tapi aku berdoa agar Tuhan permudahkan masa depanku.

Aku akui kadang itu aku jauh dariNya. Tapi akan aku cuba supaya aku kurang leka dan lalai. InsyaAllah.

Untuk seseorang, sekiranya Tuhan sayang kan kita, dan kita percaya kepada tiap sesuatu yang Tuhan tentukan, hadapi lah segala yang di hadapan kita dengan redha. Dekat atau jauh, sakit atau perih, bukan kita untuk tentukan, tapi tugas kita untuk belajar menerima dan redha.

Semoga suluh hatimu dan hatiku terang. Semoga hatimu dan hatiku terbuka untuk kembali kepada jalan Allah.