Dulu masa zaman sekolah rendah, ada satu ustaz ni suka sangat bercerita dalam kelas. Kalau waktu cikgu lain bercerita aku malas nak dengar, aku lagi suka main baling pemadam dengan budak depan aku Syed Jaafar. Tapi bila time ustaz ni, hilang lah Syed Jaafar dari pandangan mata aku. Tertumpulah dua mata ni, pada ustaz yang aku tak ingat nama tapi agak kacak la jugak. Pandai bercerita pula, terujalah budak 11 tahun yang suka story telling ni.
Satu cerita dia, yang paling aku ingat, zaman dulu-dulu, ada seorang lelaki kaya, dia nak belajar, maka dia bayar seorang cerdik pandai ni untuk datang rumah dia, mengajar dia. Disiapkan kerusi cantik, meja cantik untuk sesi pembelajaran. Tapi orang cerdik pandai ni tak datang, duit pun dipulangkan. Orang kaya ni pelik, sebab si cerdik pandai ni memang seorang guru, ada kelas mengajar macam tu lah.
Dia cuba lagi sekali, kali ni pun perkara sama je berlaku, si cerdik pandai tak nak datang juga. Maka bergegaslah orang kaya ni ke tempat si cerdik pandai. Lalu bertanya si orang kaya kepada si cerdik pandai, awak kan guru, kenapa tak nak datang mengajar saya? Telah saya siapkan tempat untuk sesi pembelajaran kita.
Si cerdik pandai berkata, sesungguhnya, kita manusia khalifah di muka bumi ini, di suruh oleh Pencipta kita untuk bertebaran dan mencari ilmu, bukannya menanti ilmu datang kepada kita. Jika engkau serius nak belajar dan mencari ilmu sebagai bekalan dunia dan akhirat, datanglah engkau ke sini setiap hari, dan duduklah di lantai ini bersama-sama yang lain sementara aku duduk di kerusi cantik aku disini, kerana di tempat ilmu ini, akulah orang kaya kerana aku seorang guru, dan engkau pula seorang miskin, kerana engkau menagih ilmu dari aku.
Ha, lebih kurang macam tu la. Tak ingat sangat, sebab dah lama dah pun.
Tapi sebabkan cerita ni, aku jadi mau menjadi seorang penagih ilmu. Aku suka membaca, aku suka mencari, aku suka mengkaji. Walaupun tak consistent semua tu, tapi aku tau, memang naluri aku, bila aku tau satu perkara, aku nak tau dengan lebih mendalam. Semua orang pun macam tu kot?
Tapi sifat inquisitive tu memang satu sifat dalam diri aku yang merupakan kegemaran aku.
Kalau dulu aku further study dalam bidang law, dan end up jadi lawyer, aku rasa aku akan jadi lawyer yang paling hebat keluarkan hujah-hujah kasi menang.
Walaupun aku tak tau dalam pasal profesion peguam ni, tapi aku kasi sama je lah dengan masa aku dalam team parliamentary debate dulu-dulu kan. Masa tu aku lah paling juara cari point nak bidas orang. Yang print tebal-tebal sampai pukul 2-3 pagi sememeh baca segala alam artikel berkenaan, yang kendong thesaurus cikgu aku yang besar gedabak tak pernah aku jumpa buku tebal amcam tu, kehulu kehilir, nak cari perkataan-perkataan out of the world punya kasi opponent tak faham. Yang pergi baca buku peraturan sekolah macam-macam bagai nak cari info pasal rotan. Yang menyanyi masa debate. Akulah itu.
Bab menyanyi tu, kalau aku menyanyi dalam courtroom mau kene warning dengan tuan hakim. Tak pun confirm second chair aku mintak recess dengan yang arif sebab malu dengan perlakuan temannya. Confirm kene sekolah.
Tapi yang nak dikat nya disini, jangan pernah malas mencari ilmu. Aku rasa lepas degree, walaupun aku tak dapat nak sambung master ke, aku akan pergi kelas-kelas pembelajaran yang lain, pergi belajar literature ke, belajar jahit baju ke, belajar scuba sampai jadi master scuba ke, sambung belajar painting ke, apa-apa je lah lagi. Aku tak nak jadi seorang yang mahir engineering je, tu pun sebab aku ada degree engineering.
Dan aku harap suatu hari aku dapat juga kekuatan nak pergi belajar agama di kelas-kelas formal dari ustaz-ustaz yang bertauliah, macam yang mak aku buat sekarang. Bukan macam sekarang, belajar dari internet je. Hihi.


0 orang kotak-katik:
Post a Comment