Saya mempunyai kondisi gigi yang teruk. Disebabkan dulu pernah jatuh dalam jamban kat sekolah, jadi gigi saya mengalami trauma yang sangat hebat! Kasihan dia. Saya namakan gigi saya Johnny.
Kisah Johnny
Johnny adalah seorang sahabat yang baik. Dia sentiasa menemani saya sepanjang masa. Di waktu makan dia banyak membantu. Saya sayaaaaaaaaaaaaang Johnny.
Suatu hari saya ke sekolah. Dan saya sangat suka bergaduh dengan kanak-kanak lelaki. Ntah kenapa saya pun tak tau. Mungkin sebab abang saya pengawas ketika itu, jadi saya ada back upbesar lah kira nya. HAHAHA.
Saya berkejar-kejaran bersama teman-teman yang kebanyakan nya lelaki. Berlaku perselisihan faham. Berlaku adegan tolak-menolak, dan saya yang kurus ketika itu, terhumban menyembah lantai. "Jooooohhhhnnnnyyyyyy" saya menjerit. Risau saya tentang sahabat saya. Apa lagi bila dia mengaduh sakit.
Johnny tidak dapat diselamatkan. Dirinya patah. Sahabat baik saya tidak seperti dulu lagi. Dia sering murung.
Saya dan emak seringkali pergi mendapatkan rawatan doktor. Tetapi apa yang dapat doktor gigi lakukan adalah menampal sahaja diri Johnny yang patah. Doktor tidak memberitahu langsung keadaan dalaman Johnny yang juga parah.
Johnny cuba untuk ceria semula. Saya tahu dia hanya berpura-pura. Kadang-kadang dia ada mengaduh yang dia sakit, seperti berdenyut-denyut katanya. Tapi saya selalu tidak mengendahkan Johnny. Saya suruh dia duduk diam-diam. Saya beritahu dia kita kan kuat. Jangan nak manja sangat.
Beberapa kali kamu cuba mendapatkan rawatan doktor pergigian lagi. Tapi sistem klinik kerajaan adalah sangat rumit dan saya tak mampu untuk berulang alik selalu ke klinik kerajaan. Saya dan Johnny masing-masing bersekolah asrama. Jadi kami diamkan permasalahan kami.
Nak ke klinik swasta, duit yang banyak diperlukan. Kami tau tentang itu, maka kami tidak meminta-minta dari keluarga. Keluarga Johnny, keluarga saya masing-masing tidak berada.
Hingga lah suatu saat, saya bekerja part time. Duit gaji saya simpan untuk membayar rawatan Johnny. Doktor swasta memberitahu bahawa trauma dalaman Johnny sudah teruk, dia memerlukan pembedahan. Dari klinik biasa kami ditukarkan ke klinik pakar swasta. Tentang bayaran, saya beritahu Johnny jangan risau, saya akan tanggung. Sekarang saya ada duit.
Semasa di klinik pertama, Johnny dikorek, dimasukkan besi, getah, diletak ubat dan berbagai-bagai lagi. Saya tau Johnny sakit, tapi dia kuat. Saya bagi dia semangat. "Awak kene kuat Johnny!". Tetapi doktor berkata, dia tidak ada kepakaran kerana kondisi Johnny sangat teruk. Dia memerlukan rawatan pakar.
Kemudian kami ke klinik pakar. Saya tau Johnny tak suka dengan doktor itu. Dia garang. Tapi Johnny diamkan. Dia sakit. Macam-macam yang doktor itu buat pada Johnny.
Tetapi, doktor berkata untuk menghabiskan rawatan akar Johnny memerlukan masa 2 minggu. Kami tidak ada masa dua minggu, kami akan pergi menyambung pelajaran di Koalaland. Kemudian doktor berkata, "you can go home lah".
Tak guna doktor itu.
Tapi yang lagi sedih tentu lah Johnny. Dirinya sudah berada dalam keadaan kritikal. Saya tidak mahu kehilangan Johnny buat selamanya. Saya sayangkan Johnny. Dia sahabat baik saya. Tolonglah kami. Jangan buat kami terpisah. Saya sayangkan Johnny...Oh, Johnny..!

Johnny yang ditengah-tengah ketika ada besi dimasukkan kedalamnya. Kasihan Johnny kondisinya tidak sama seperti rakan-rakan sebayanya.
P/S : Kepada sesiapa yang sudi membantu, silalah memberi sumbangan kepada Johnny. Kasihan dia. Tak sanggup tengok dia menderita. RCT diperlukan secepat mungkin.

0 orang kotak-katik:
Post a Comment